Tuesday, May 26, 2009

Langkah tanggani Stress

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
•Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
•Bersikap positif semasa melakukan sesuatu pekerjaan
•Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
•Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda
•Kendali masa anda dengan bijak
•Beri keutamaan pada kerja yang penting
•Jangan bertangguh
•Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
•Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
•Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
•Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
•Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
•Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
•Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
•Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
•Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
•Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
•Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
•Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
•Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
•Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
•Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat
•Luangkan masa untuk beribadah
•Dapatkan tidur yang mencukupi
•Bersenam selalu
•Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
•Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
•Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Salam Sejahtera


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar semua ?...Bagaimana hari-hari anda ?..Pada yang bekerja of course mesti tengah buat keje dengan penuh dedikasi kan..?..( ye ke? ) ...pada yang tak bekerja pun sebenarnya tengah bekerja juga tu kan ?...Ye la bekerja mencari kerja.....Jangan putus asa , setiap orang memang dah di tetapkan dengan sesuatu kerja....Pada kawan-kawan saya yang bekerja , tak bekerja , tengah cuti atau tengah buat apa pun "Mulakan hari anda dengan semangat yang membara" ...

TIPS UNTUK KAWAN-KAWAN..

1. Mulakan hari dengan Bismillah
2. Baca Al-Fatihah
3. Senyum sentiasa

Ungkapan Motivasi hari Ini...

The greater danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it , but that it is too low and we reach it...

Michelangelo